Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Buat Passport Kali Pertama di Semenanjung Malaysia - Khas untuk Sabah & Sarawak

Asal orang Sarawak, macam mana nak buat passport di Semenanjung Malaysia? Umur dah nak hampir 24 tapi passport tak ada lagi. Macam mana la nak travel tengok tempat orang....alahai. Tak apa. Tak pernah terlambat lagi untuk buat ya. Saya cari maklumat di google dan  punyalah gembira saya bila tahu UTC di Pudu Sentral buka setiap hari 8.30am sampai 10pm lagi tu. Jadi ahad lepas tu, saya pergi ke UTC di Pudu Sentral sana dengan harapan boleh siap hari tu juga. Namun, hampanya saya bila tengok notis kat situ. "Harap Maklum. Permohonan Baru (Kali Pertama) Passport Malaysia Antarabangsa Bagi Pemohon Warganegara Malaysia Sabah/Sarawak Tidak Diterima Di Pejabat Ini". Lebih kurang macam tu lah notis dia. Punyalah saya risau kot-kot kena balik Sarawak sana untuk buat passport alahaiii.... Jadi kepada yang Sabah, Sarawak, lebih baik buat kat negeri sendiri ya. Apa-apa pun segala masalah ada jalan penyelesaian. Relaks jap. Okay, tanya member dulu.  Lepas tu saya dapat mak