Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

4D3N 1st Bali Trip - Part 4

Uluwatu Temple Terletak di Selatan Kuta, Bali. Perjalanan dari faveHotel Seminyak, mengambil masa selama 1 jam.  Yuran masuk: IDR30,000 Pemandangan di situ sangat cantik. Tapi hati-hati semasa jalan sebab ada banyak monyet di kawasan itu. Jadi sila jaga barang anda. Kalau boleh jangan pegang makanan. Memang monyet tu akan aim kamu nanti. Lumbung Sari Kopi Luwak 5 minit drive dari Uluwatu Temple tadi. Yang ni supir kita bagi suggestion. Suasana di sini sangat tenang dan aman. Masuk saja laluan tu ada banyak tanaman di sepanjang pejalan kaki. On the way, nak minum kopi luwak tu, terdapat 3 ekor luwak yang sedang tidur di dalam sangkar. Berjalan lagi, kami tiba di tempat di mana peralatan untuk memproses kopi luwak dipamerkan. Di sini mereka ada hidangkan pelbagai perisa kopi. Satu set kopi perlbagai rasa dengan kerepek pisang. Beli ole-ole untuk ibu Dreamland Beach Persinggahan kami yang terakhir. Di Dreamland Beach. Masa sudah ten

4D3N 1st Bali Trip - Part 3

Hari ketiga - 2 September 2017 Agenda hari ini nak pergi masuk air. Snorkeling. Awal pagi, bersiap dan breakfast. Supir datang dan kami menuju ke Tanjung Benoa. Tanjung Benoa Sampai di Tanjung Benoa, kami ambik pakej snorkeling dan pergi ke Pulau Penyu. Tak ingat dah berapa harga masa tu. Untuk snorkeling kami tak sangka tempat coral tu rupa-rupanya beberapa meter saja dari pantai Tanjung Benoa tu. Kami diberi masa 1 jam untuk snorkeling di sekitar tu. Tapi air laut tu agak keruh, sebab ramai sangat aktiviti watersports yang di sekitar coral tu. Sangat pack. Then saya dan kawan saya decide untuk pergi ke tempat seterusnya, Pulau Penyu. Pulau Penyu ni pula saya ingatkan kita akan pergi ke satu pulau di mana penyu-penyu ada banyak di situ dan kita boleh snorkeling serta berenang bersama penyu. Tapi rupa-rupanya tidak. Kita pergi ke Pulau Penyu dan di atas tu ada macam satu zoo yang khas untuk penyu. Penyu-penyu diletakkan di satu tempat yang ada air dan pelancong a

4D3N 1st Bali Trip - Part 2

1 September 2017 Gunung Batur Kringggg!!! Alarm bunyi pukul 1.30 pagi!  It's 1 freaking am in the morning  hahaha... begitulah komitmen kalau mau kasi slot mendaki gunung bila pegi  vacay  ni. 0130 - Bangun dan siap untuk bertolak Di Favehotel Sunset Seminyak ni ada kedai macam 7Eleven jadi kami dua beli mee indo, kopi dan roti untuk sarapan. Semasa masih di Malaysia lagi kami dua prepare lengkap-lengkap dengan pakaian untuk mendaki, headlamp, kasut dan baju tebal. Baju tebal itu perlu sangat-sangat. Mengeletar mengalahkan zombie bila sampai kat puncak, sejuk gila. Nama pun dah gunung tambah di awal pagi lagi tu. Sedang orang lain nyenyak tidur, kami pergi mendaki gunung hahaha....awesome! 0200 - Supir mula memandu ke arah Gunung Batur Ambil lah masa ini untuk tidur. Untuk tenaga anda mendaki nanti. Jangan menyesal pula nanti tak cukup tidur masa mendaki haha... 0400 - Mula untuk mendaki sebab masa untuk sampai ke puncak adalah 2 jam. Okay dekat sin

4D3N 1st Bali Trip - Part 1

31 August 2017 Selamat pagi, Bali! Sebab semalam lambat sampai, kami tidur sampai pukul 9 pagi. Ingat nak bangun awal untuk elak  jammed,  tapi keluar jam 10 pagi juga la dari hotel. Supir datang ambil kami di hotel dan mula menuju ke destinasi yang pertama. Ubud Market Seminyak ke Ubud ambil masa 2 jam. Kalau keluar masa jam 9 atau jam 10, meragamlah dalam kereta. Kami sampai di Ubud market kira-kira jam 12 tengah hari, cuaca sudah panas. Nasib baik ada pakai  sunblock . Di Ubud market, mereka ada jual cardigan yang coraknya menarik, dream catcther, kaca mata, aksesori dan barang tradisional yang lain. Tak pandai betul saya ni  describe  lol Penjual sini sangat  competitive,  kamu masuk saja satu kedai, dia akan cakap non-stop untuk suruh beli. Kena pandai main tawar harga lah, bargaining skills to the max. Kalau rasa harga tu masih mahal, cuba lagi kedai lain. Hasil belian: Baju off-shoulder - IDR 30,000, Cardigan oren - IDR 50,000 Sunglasses -  IDR 30,000 Murahk

4D3N 1st Bali Trip - Prolog

30 August 2017 Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Travel pergi Bali ni, cuma saya dengan seorang kawan saya. Kami dua orang saja pun boleh lah. Sebelum tu, saya nak kongsikan jadual penerbangan kami. Beli masa promo bulan March 2017 untuk travel bulan Ogos, kami beli dengan harga lebih kurang RM360++ tiket pergi dan balik. Sebelum fly tu, saya tukar RM1,300 ke rupiah jadi saya dapat kira-kira 4 juta rupiah. Memandangkan 31 Ogos adalah Hari Merdeka dan 1 September pula adalah Hari Raya Haji, kami tidak perlu apply annual leave atau cuti dan tak nak buang masa, kami pilih flight malam. Nak fly luar negara kena awal-awal datang airport. 2 jam memang standard lah kena dah ada kat airport. Sampai di KLIA2 tu, lalu security check, lepas tu bahagian passport. Kat sini dup dap dup dap, PTPTN memang saya bayar setiap bulan tapi ada la jugak baki yang tertunggak. Takut juga saya kalau-kalau kena bayar on the spot kat airport baru bagi lepas. Tapi nasib baik semuanya berjalan d

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 4

Hari Keempat - 29 Julai 2018 Hari terakhir kami berada di Kundasang. Memandangkan flight kami balik ke tempat masing-masing adalah pada pukul 2 petang dan pukul 3 petang, kami bercadang untuk bergerak lebih awal dari Kundasang. Awal pagi pukul 6.30, kami sudah bangun dan bersiap-siap untuk kembali ke Kota Kinabalu. Kami check-out pada pukul 7.30 pagi. Bersarapan di restoran resort sebelum memulakan perjalanan. Kami mula bergerak pada pukul 8 pagi dari Kundasang. Tambah tolak masa dalam jam 10 pagi juga kami sampai di Kota Kinabalu.  Gaya Street  Sampai di Kota Kinabalu, kenalan kawan saya bawa kami ke Gaya Street untuk membeli ole-ole. Gaya Street atau Sunday Market ini ada setiap hari Ahad.  Antara baju ole-ole yang saya beli Orang ramai di Gaya Street Selesai membeli ole-ole, kami bergegas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kerana flights saya pada pukul 2 petang. Kami drive ke sana, berjumpa dengan pemilik kereta sewa untuk menyerahkan kereta tersebu

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 3

Hari ketiga - 28 Julai 2018 Bangun awal pagi dan kami check-out dari Hotel Iskandar pada pukul 7:30 am. Lepas bagi kunci, kami makan sarapan di kedai berhampiran sebelum bergerak memandu ke Kundasang. 0800 - Kami mula memandu ke Kundasang. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 2 jam. Kawan saya memandu bagi pihak kami. Dia biasa memandu di hometown kami, tapi tak pernah memandu di tempat yang lain. Apa lagi nak ke Kundasang dan memandu selama 2 jam. Berpandukan waze, kita memandu dengan iman. Sepanjang perjalanan, ada banyak roundabout dan kena aware dengan arah mana perlu belok. Bila sudah keluar dari jalan di Kota Kinabalu dan mula masuk ke jalan yang kecil ke arah Kundasang, memang sangat perlu berhati-hati. Ada banyak kenderaan berat yang memakai laluan ini. Dan masa memandu memang kena aware blind spot dan ambik peluang untuk memotong dengan berhati-hati. Tambah tolak memang 2 jam juga lah baru sampai ke Kundasang. Suasana pun mulai sejuk dan banyak me

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 2

Hari Kedua - 27 Julai 2018 Selamat pagi, Kota Kinabalu! Hari ini kita plan mau island hopping yeaaayyy. Kami bangun jam 7.30 pagi. Setelah bersiap semua, kereta sewa dihantar untuk kami pakai. Kita sewa kereta Axia untuk 2 hari (RM110/hari). Setelah siap dapat kereta, kita isi minyak RM20 sorang. Setelah selesai semua, kita mula drive ke Jesselton Point.  Jesselton Point 11 minit saja sudah sampai. Bayaran parking kereta, saya tak berapa ingat, around RM5 sekali masuk. Lepas tu kita jalan masuk ke dalam. Saat masuk tu memang ramai yang datang offer pakej island hopping. Nego punya nego, kita ambik pakej 4 pulau dan 15 minit parasailing dan ditawar dengan harga RM120 seorang. Sebab bot kita kongsi dengan orang lain dan mereka sudah menunggu di bot, kami bungkus makanan di pelabuhan tu. Lebih kurang RM10 begitulah kami belanja. Pulau Gaya 0830 - Kami mula bertolak dari pelabuhan menuju ke Pulau Gaya.  Kami diberi masa 1 jam untuk jalan-jalan di pulau ini

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 1

April 2018, saya dan 2 orang kawan sekolah menengah saya bercadang untuk pergi cuti bersama-sama. Jadi kami pun buat group whatsapp dan mula bincang tempat mana kami mau pergi. Bincang punya bincang, lepas tu kami decide untuk pergi ke Sabah. Memandangkan, kami bertiga belum pernah pergi ke sana. Kami sudah bincang tempoh dan tarikh nak pergi sana iaitu : 26 Jul - 29 Jul 2018 (4 Hari 3 Malam). Lepas tu kami buat itineri nak pergi Kota Kinabalu (KK) dan Kundasang. Kami pun buat persediaan awal seperti di bawah: - Persediaan Beli tiket flights - AirAsia.com Book hotel - Agoda.com Cari kereta sewa - Mudah.my Plan itineri - kami buat sendiri Hari Pertama -  26 Jul 2018 (Khamis) Saya minta cuti 2 hari untuk pergi cuti iaitu Khamis dan Jumaat. Memandangkan saya sudah minta cuti penuh, saya cadang untuk fly lebih awal ke Kota Kinabalu (KK). 2 orang kawan saya dari Sibu, Sarawak akan tiba di KK pada pukul 11 malam, memandangkan mereka kena fly dari Sibu ke Kuching