30 August 2017
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Travel pergi Bali ni, cuma saya dengan seorang kawan saya. Kami dua orang saja pun boleh lah. Sebelum tu, saya nak kongsikan jadual penerbangan kami.
Beli masa promo bulan March 2017 untuk travel bulan Ogos, kami beli dengan harga lebih kurang RM360++ tiket pergi dan balik. Sebelum fly tu, saya tukar RM1,300 ke rupiah jadi saya dapat kira-kira 4 juta rupiah.
Memandangkan 31 Ogos adalah Hari Merdeka dan 1 September pula adalah Hari Raya Haji, kami tidak perlu apply annual leave atau cuti dan tak nak buang masa, kami pilih flight malam. Nak fly luar negara kena awal-awal datang airport. 2 jam memang standard lah kena dah ada kat airport.
Sampai di KLIA2 tu, lalu security check, lepas tu bahagian passport. Kat sini dup dap dup dap, PTPTN memang saya bayar setiap bulan tapi ada la jugak baki yang tertunggak. Takut juga saya kalau-kalau kena bayar on the spot kat airport baru bagi lepas. Tapi nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada delay, syukur Puji Tuhan!
Kami sampai di Bali airport tepat jam 1 pagi. Sepupu kepada kawan saya yang sememangnya tinggal di Bali sejak kecil datang ambil kat airport. Dia kenalkan kami dengan kawan dia akan jadi driver kami di Bali. Kami check-in kat FaveHotel Sunset di Seminyak kira-kira pukul 2 pagi. Hotel tu kami dah book awal-awal di booking.com, bayangkan RM362 untuk 4 hari 3 malam. Murah dan suasana nya pun okay. Memang kami tak pergi hotel-hotel yang mahal-mahal sebab datang untuk adventure sikit. Tak ada terperuk di hotel saja, cukup katil empuk, bersih dan selesa.
Untuk driver kami, kami bayar dia IDR500,000 sehari, jadi IDR250,000 sorang lah. Berbaloi dan murah.
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Travel pergi Bali ni, cuma saya dengan seorang kawan saya. Kami dua orang saja pun boleh lah. Sebelum tu, saya nak kongsikan jadual penerbangan kami.
Memandangkan 31 Ogos adalah Hari Merdeka dan 1 September pula adalah Hari Raya Haji, kami tidak perlu apply annual leave atau cuti dan tak nak buang masa, kami pilih flight malam. Nak fly luar negara kena awal-awal datang airport. 2 jam memang standard lah kena dah ada kat airport.
Sampai di KLIA2 tu, lalu security check, lepas tu bahagian passport. Kat sini dup dap dup dap, PTPTN memang saya bayar setiap bulan tapi ada la jugak baki yang tertunggak. Takut juga saya kalau-kalau kena bayar on the spot kat airport baru bagi lepas. Tapi nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada delay, syukur Puji Tuhan!
Kami sampai di Bali airport tepat jam 1 pagi. Sepupu kepada kawan saya yang sememangnya tinggal di Bali sejak kecil datang ambil kat airport. Dia kenalkan kami dengan kawan dia akan jadi driver kami di Bali. Kami check-in kat FaveHotel Sunset di Seminyak kira-kira pukul 2 pagi. Hotel tu kami dah book awal-awal di booking.com, bayangkan RM362 untuk 4 hari 3 malam. Murah dan suasana nya pun okay. Memang kami tak pergi hotel-hotel yang mahal-mahal sebab datang untuk adventure sikit. Tak ada terperuk di hotel saja, cukup katil empuk, bersih dan selesa.
Untuk driver kami, kami bayar dia IDR500,000 sehari, jadi IDR250,000 sorang lah. Berbaloi dan murah.
Comments
Post a Comment