Skip to main content

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 4

Hari Keempat - 29 Julai 2018

Hari terakhir kami berada di Kundasang. Memandangkan flight kami balik ke tempat masing-masing adalah pada pukul 2 petang dan pukul 3 petang, kami bercadang untuk bergerak lebih awal dari Kundasang. Awal pagi pukul 6.30, kami sudah bangun dan bersiap-siap untuk kembali ke Kota Kinabalu. Kami check-out pada pukul 7.30 pagi. Bersarapan di restoran resort sebelum memulakan perjalanan.

Kami mula bergerak pada pukul 8 pagi dari Kundasang. Tambah tolak masa dalam jam 10 pagi juga kami sampai di Kota Kinabalu. 

Gaya Street 
Sampai di Kota Kinabalu, kenalan kawan saya bawa kami ke Gaya Street untuk membeli ole-ole. Gaya Street atau Sunday Market ini ada setiap hari Ahad. 

Antara baju ole-ole yang saya beli
Orang ramai di Gaya Street

Selesai membeli ole-ole, kami bergegas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kerana flights saya pada pukul 2 petang. Kami drive ke sana, berjumpa dengan pemilik kereta sewa untuk menyerahkan kereta tersebut. All settle, kami pun makan di KFC. 

Usually reunion is all about meeting and talking about the memories of how good our old days was, but here we are creating a new memories again. Till next time ...

Comments

Popular posts from this blog

Buat Passport Kali Pertama di Semenanjung Malaysia - Khas untuk Sabah & Sarawak

Asal orang Sarawak, macam mana nak buat passport di Semenanjung Malaysia? Umur dah nak hampir 24 tapi passport tak ada lagi. Macam mana la nak travel tengok tempat orang....alahai. Tak apa. Tak pernah terlambat lagi untuk buat ya. Saya cari maklumat di google dan  punyalah gembira saya bila tahu UTC di Pudu Sentral buka setiap hari 8.30am sampai 10pm lagi tu. Jadi ahad lepas tu, saya pergi ke UTC di Pudu Sentral sana dengan harapan boleh siap hari tu juga. Namun, hampanya saya bila tengok notis kat situ. "Harap Maklum. Permohonan Baru (Kali Pertama) Passport Malaysia Antarabangsa Bagi Pemohon Warganegara Malaysia Sabah/Sarawak Tidak Diterima Di Pejabat Ini". Lebih kurang macam tu lah notis dia. Punyalah saya risau kot-kot kena balik Sarawak sana untuk buat passport alahaiii.... Jadi kepada yang Sabah, Sarawak, lebih baik buat kat negeri sendiri ya. Apa-apa pun segala masalah ada jalan penyelesaian. Relaks jap. Okay, tanya member dulu.  Lepas tu saya dapat mak...