Skip to main content

4D3N 1st Bali Trip - Part 1

31 August 2017

Selamat pagi, Bali! Sebab semalam lambat sampai, kami tidur sampai pukul 9 pagi. Ingat nak bangun awal untuk elak jammed, tapi keluar jam 10 pagi juga la dari hotel. Supir datang ambil kami di hotel dan mula menuju ke destinasi yang pertama.

Ubud Market

Seminyak ke Ubud ambil masa 2 jam.
Kalau keluar masa jam 9 atau jam 10, meragamlah dalam kereta.

Kami sampai di Ubud market kira-kira jam 12 tengah hari, cuaca sudah panas. Nasib baik ada pakai sunblock.

Di Ubud market, mereka ada jual cardigan yang coraknya menarik, dream catcther, kaca mata, aksesori dan barang tradisional yang lain. Tak pandai betul saya ni describe lol

Penjual sini sangat competitive, kamu masuk saja satu kedai, dia akan cakap non-stop untuk suruh beli. Kena pandai main tawar harga lah, bargaining skills to the max. Kalau rasa harga tu masih mahal, cuba lagi kedai lain.

Hasil belian:
Baju off-shoulder - IDR 30,000,
Cardigan oren - IDR 50,000
Sunglasses -  IDR 30,000

Murahkan. Kenalah pandai bargain hehe...jangan kalah. Semoga berjaya ya.

Tegenungan Waterfall

Lepas tu kami pegi ke Tegenungan waterfall.

Entrance fee - IDR15,000

Sepanjang dari tempat parking untuk masuk ke pintu utama air terjun tu, terdapat kedai-kedai baju kecil-kecil, kedai minum, makan yang biasa-biasa saja.

Untuk ke air terjun tu, lebih kurang 5 minit lah. Memang tak jauh. Masuk jak, boleh nampak dah air terjun tu dari jauh.

Tapi masa kami pergi ni, agak ramai pelancong. Jadi untuk dapat gambar yang cantik, satu orang saja dalam tu memang tak dapat lah. Ada saja photobomb dari belakang haha...


Bebek Tebe Sari Restaurant

Balik dari air terjun Tegenungan tu, supir kami hantar kami makan di Bebek Tebe Sari ni. Restoran tepi sawah. Walaupun padi masa tu sudah habis dituai, tapi memang pemandangan dia cantiklah. Makan di sini agak mahal, saya lupa dah berapa kami belanja kat sini.



Seminyak Beach

Setelah seharian berada di Ubud, kami cadang nak tengok sunset di Seminyak Beach. Dari Ubud balik ke Seminyak, pakai lagi masa 2 jam. Pukul 4pm bertolak dari Ubud memang tak sempat lah nak tengok sunset.

Sampai di pantai tu, berdukacitalah kawan sayan sebab tak dapat tengok sunset. Saya pun redha jak lah huhu...


"Tak pa lah esok kita cuba lagi" saya cakap untuk menyedapkan hati.

Recover dari dukacita tadi, kami dua pun explore Seminyak Beach. Nightlife Seminyak Beach ni memang awesome lah. Memang happening gila. Kami dua jalan-jalan macam tak boleh habis ni. Cari-cari tempat untuk lepak-lepak dan murah makanan.

Last-last kami dua duduk di Chiringuito Bar. Santai-santai sambil dengar ombak menghempas pantai. Tengok live band, yaahhh santai lah gitu.

Belanja:
Fish n Chips - IDR55,000
Heineken - IDR30,000

Kami lepak sampailah jam 9 malam. Kalau ikutkan nak lepak lama lagi. Tapi sebab kami ada plan nak daki Gunung Batur esoknya dan perlu gerak awal dari Seminyak, kami balik la juga. Okay sampai di sini saja untuk Day 1.

4D3N 1st Bali Trip - Part 2

Comments

Popular posts from this blog

Buat Passport Kali Pertama di Semenanjung Malaysia - Khas untuk Sabah & Sarawak

Asal orang Sarawak, macam mana nak buat passport di Semenanjung Malaysia? Umur dah nak hampir 24 tapi passport tak ada lagi. Macam mana la nak travel tengok tempat orang....alahai. Tak apa. Tak pernah terlambat lagi untuk buat ya. Saya cari maklumat di google dan  punyalah gembira saya bila tahu UTC di Pudu Sentral buka setiap hari 8.30am sampai 10pm lagi tu. Jadi ahad lepas tu, saya pergi ke UTC di Pudu Sentral sana dengan harapan boleh siap hari tu juga. Namun, hampanya saya bila tengok notis kat situ. "Harap Maklum. Permohonan Baru (Kali Pertama) Passport Malaysia Antarabangsa Bagi Pemohon Warganegara Malaysia Sabah/Sarawak Tidak Diterima Di Pejabat Ini". Lebih kurang macam tu lah notis dia. Punyalah saya risau kot-kot kena balik Sarawak sana untuk buat passport alahaiii.... Jadi kepada yang Sabah, Sarawak, lebih baik buat kat negeri sendiri ya. Apa-apa pun segala masalah ada jalan penyelesaian. Relaks jap. Okay, tanya member dulu.  Lepas tu saya dapat mak...