1 September 2017
Gunung Batur
Kringggg!!! Alarm bunyi pukul 1.30 pagi! It's 1 freaking am in the morning hahaha... begitulah komitmen kalau mau kasi slot mendaki gunung bila pegi vacay ni.
0130 - Bangun dan siap untuk bertolak
Di Favehotel Sunset Seminyak ni ada kedai macam 7Eleven jadi kami dua beli mee indo, kopi dan roti untuk sarapan. Semasa masih di Malaysia lagi kami dua prepare lengkap-lengkap dengan pakaian untuk mendaki, headlamp, kasut dan baju tebal. Baju tebal itu perlu sangat-sangat. Mengeletar mengalahkan zombie bila sampai kat puncak, sejuk gila. Nama pun dah gunung tambah di awal pagi lagi tu. Sedang orang lain nyenyak tidur, kami pergi mendaki gunung hahaha....awesome!
0200 - Supir mula memandu ke arah Gunung Batur
Ambil lah masa ini untuk tidur. Untuk tenaga anda mendaki nanti. Jangan menyesal pula nanti tak cukup tidur masa mendaki haha...
0400 - Mula untuk mendaki sebab masa untuk sampai ke puncak adalah 2 jam.
Okay dekat sini banyak belanja wooo sebab nak upah tour guide untuk mendaki. Tapi sebenarnya tak perlu pun. Bila supir sudah parking kereta, boleh jak ikut orang ramai untuk mendaki. Masa tu tak tau pun jadi upah lah guide.
Belanja:
Guide - IDR475,000 (satu kepala, mahal doe)
Pengalaman mendaki Gunung Batur. Sebelum pergi Bali ni, memang saya dengan kawan saya banyak jogging untuk kumpul stamina. We are going to hike a mountain! Jadi kena prepare awal lah. Gunung Batur ni memang banyak batu dan debu berpasir. Debu dia tu sangat halus sampai masuk dalam kasut. Sepanjang mendaki tu banyak kali saya buka kasut untuk buang debu. Sebab dah ada stamina, tak rasa letih pun bila mendaki tu. Banyak kali rest sebab jammed orang ramai mendaki ke atas. Jadi santai-santai lah.
Sebelum jam 6 lagi kami sudah sampai di atas, kami pun cari lah spot yang cantik untuk tengok sunrise nanti. Sebelum gambar-gambar dulu.
Tepat jam 6.15 pagi barulah sang suria muncul.
Hello sunrise! Hello September! Hahahaha....begitulah caption gambar di insta bila tengok sunrise di Gunung Batur. Pemandangan dari puncak tu sangat-sangat lah cantik! Memang berbaloi! Lebih kurang satu jam jugalah kami stay kat atas untuk gambar dan video-video segala. Kat atas tu ada tempat untuk jual telur rebus, kopi dan toast. Harga saya tak tahu sebab tak beli hehehe...
Kira-kira jam 7.30 pagi kamu turun balik dari gunung. Sepanjang tu adalah berhenti kejap untuk ambik gambar. Guide kami ni ada bawa kami tengok gua tempat suci untuk orang sembahyang dulu-dulu. Bila tengok tu, agak menakutkan. Tak dibenarkan bising masa kat situ. Tempat orang kena hormat. Lepas tu guide tu ajak kami tengok dragon smoke macam tu, asap yang keluar dari batu di Gunung Batur tu. Awesome! Ingatkan panjat gunung dan turun macam tu saja hhahaha... Sampai dekat bawah tu, terasa doe penat dia hahaha...Untuk melepaskan rasa penat mendaki Gunung Batur, kami pergi ke destinasi seterusnya....
Toya Devasya Hotsprings
Tak jauh pun dari Gunung Batur tu, Kira-kira 5 minit driving saja.
Entrance fee
Foreigner - IDR150,000
Tapi kami dapat harga IDR80,000 (harga local) saja hahaha...hasil pertolongan cousin kawan saya tu. Muka Sabah Sarawak lebih kurang dari Kalimantan, Indonesia. Tu dapat harga local.
Hotsprings dia ni sangat cantik. Tepi hotspring tu ada tasik dan berpemandangankan Gunung Batur tu sendiri lagi. Memang siok lah. Kami mandi, berendam kat sana dekat nak satu jam haha...terasa lah tanned sudah. Cukuplah lepak sana satu jam, memang berbaloi. View dia tu lah sangat cantik. Macam ber-infinty pool dengan Gunung Batur.
"Boleh percaya ka, kita baru saja panjat Gunung tu tadi hahaha...".
"Boleh percaya ka, kita baru saja panjat Gunung tu tadi hahaha...".
Setelah siap tukar baju semua, kami pun balik semula ke Seminyak. Sebelum tu kami makan tengah hari dulu di Warung Babi Guling, Ubud Market.
Non-halal. Bagi yang non muslim, memang tak sah lah kalau pegi Bali tak makan babi guling. Sedaapppp!
Belanja:
Nasi babi guling - IDR40,000
Setelah makan kami sambung balik perjalanan ke Seminyak. Balik ke hotel. 2 jam. Semua orang ketiduran. Kesian supir kami haha...
Potato Head Beach Club
Setelah berehat sekejap di hotel, jam 4.30 petang kami bertolak ke Potato Beach Club di Seminyak juga. Kali ni kami pergi awal sebab tak nak terlepas sunset lagi.
Sampai di sana, ramai sudah orang. Semua tempat pun sudah ada orang. Sangat ramai dalam tu. Last-last kami dua pergi ke pantai terus. Bentang kan kain untuk duduk ala-ala orang putih duduk pantai macam tu lah. Santai je, ok jer. Kami pun bergambar.
Sampai di sana, ramai sudah orang. Semua tempat pun sudah ada orang. Sangat ramai dalam tu. Last-last kami dua pergi ke pantai terus. Bentang kan kain untuk duduk ala-ala orang putih duduk pantai macam tu lah. Santai je, ok jer. Kami pun bergambar.
Kuta Beach & Legian
Setelah matahari tenggelam, saya dan kawan saya pergi ke Kuta Beach. Mula-mula kami ingatkan suasana di Kuta Beach tu seperti di Seminyak Beach yang ada banyak tempat lepak dan ada lampu-lampu. Tapi malam memang gelap dan tak da apa-apa. Then, kita decide untuk jalan-jalan di sekitar legian sambil membeli ole-ole. Siap selesai semua, kita balik hotel.
Setelah matahari tenggelam, saya dan kawan saya pergi ke Kuta Beach. Mula-mula kami ingatkan suasana di Kuta Beach tu seperti di Seminyak Beach yang ada banyak tempat lepak dan ada lampu-lampu. Tapi malam memang gelap dan tak da apa-apa. Then, kita decide untuk jalan-jalan di sekitar legian sambil membeli ole-ole. Siap selesai semua, kita balik hotel.
4D3N 1st Bali Trip - Part 3
Lucky Club | Live Casino, Sportsbook and Casino - Lucky
ReplyDeleteLucky Club. Live casino, sportsbook and casino - all luckyclub games and sportsbook - slots games - live dealer casino. Rating: 2.9 · Review by LuckyClub.live