Skip to main content

4D3N 1st Bali Trip - Part 3

Hari ketiga - 2 September 2017

Agenda hari ini nak pergi masuk air. Snorkeling. Awal pagi, bersiap dan breakfast. Supir datang dan kami menuju ke Tanjung Benoa.

Tanjung Benoa
Sampai di Tanjung Benoa, kami ambik pakej snorkeling dan pergi ke Pulau Penyu. Tak ingat dah berapa harga masa tu. Untuk snorkeling kami tak sangka tempat coral tu rupa-rupanya beberapa meter saja dari pantai Tanjung Benoa tu.

Kami diberi masa 1 jam untuk snorkeling di sekitar tu. Tapi air laut tu agak keruh, sebab ramai sangat aktiviti watersports yang di sekitar coral tu. Sangat pack. Then saya dan kawan saya decide untuk pergi ke tempat seterusnya, Pulau Penyu.

Pulau Penyu ni pula saya ingatkan kita akan pergi ke satu pulau di mana penyu-penyu ada banyak di situ dan kita boleh snorkeling serta berenang bersama penyu. Tapi rupa-rupanya tidak.

Kita pergi ke Pulau Penyu dan di atas tu ada macam satu zoo yang khas untuk penyu. Penyu-penyu diletakkan di satu tempat yang ada air dan pelancong akan pergi ke satu-satu checkpoint untuk tengok penyu. Binatang lain pun ada juga. Terketawa juga saya mengenangkan expectations vs reality. 

Habis masa lebih kurang 1 jam di Pulau Penyu kami pun balik semula ke pantai Tanjung Benoa. Dan kami kembali ke hotel, berehat dan bersedia untuk ke destinasi seterusnya.


Rock Bar @ Ayana Resort

This is the best experience ever! Rock Bar ni terletak di Ayana Resort. Memang sangat-sangat cantik! Untuk masuk ke Rock Bar ini perlu ambik queue sebab utamakan penginap di Ayana Resort untuk waktu sunset. Kami ambik no giliran dulu. Sementara menunggu giliran masuk, kami jalan-jalan di sekitar Ayana Resort dulu.


View resort ini yang menghala ke arah laut sangat-sangat cantik. Dapat tengok sunset lagi, terbenam di laut. Speechless saya tengok sebab cantik sangat.

                                         


Menu di Rock Bar adalah yang ringan-ringan saja. Snack bite macam tu saja.



Kami lepak sampai pukul 10 macam tu. Memandangkan esok dah nak balik ke Kuala Lumpur, spend time sana sampai habis lah.

Pukul 11 malam, kami balik semula ke hotel dan packing barang untuk balik esok.

4D3N 1st Bali Trip - Part 4

Comments

Popular posts from this blog

Buat Passport Kali Pertama di Semenanjung Malaysia - Khas untuk Sabah & Sarawak

Asal orang Sarawak, macam mana nak buat passport di Semenanjung Malaysia? Umur dah nak hampir 24 tapi passport tak ada lagi. Macam mana la nak travel tengok tempat orang....alahai. Tak apa. Tak pernah terlambat lagi untuk buat ya. Saya cari maklumat di google dan  punyalah gembira saya bila tahu UTC di Pudu Sentral buka setiap hari 8.30am sampai 10pm lagi tu. Jadi ahad lepas tu, saya pergi ke UTC di Pudu Sentral sana dengan harapan boleh siap hari tu juga. Namun, hampanya saya bila tengok notis kat situ. "Harap Maklum. Permohonan Baru (Kali Pertama) Passport Malaysia Antarabangsa Bagi Pemohon Warganegara Malaysia Sabah/Sarawak Tidak Diterima Di Pejabat Ini". Lebih kurang macam tu lah notis dia. Punyalah saya risau kot-kot kena balik Sarawak sana untuk buat passport alahaiii.... Jadi kepada yang Sabah, Sarawak, lebih baik buat kat negeri sendiri ya. Apa-apa pun segala masalah ada jalan penyelesaian. Relaks jap. Okay, tanya member dulu.  Lepas tu saya dapat mak...