Skip to main content

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 1

April 2018, saya dan 2 orang kawan sekolah menengah saya bercadang untuk pergi cuti bersama-sama. Jadi kami pun buat group whatsapp dan mula bincang tempat mana kami mau pergi. Bincang punya bincang, lepas tu kami decide untuk pergi ke Sabah. Memandangkan, kami bertiga belum pernah pergi ke sana.


Kami sudah bincang tempoh dan tarikh nak pergi sana iaitu : 26 Jul - 29 Jul 2018 (4 Hari 3 Malam). Lepas tu kami buat itineri nak pergi Kota Kinabalu (KK) dan Kundasang.

Kami pun buat persediaan awal seperti di bawah: -

Persediaan
Beli tiket flights - AirAsia.com
Book hotel - Agoda.com
Cari kereta sewa - Mudah.my
Plan itineri - kami buat sendiri

Hari Pertama - 26 Jul 2018 (Khamis)

Saya minta cuti 2 hari untuk pergi cuti iaitu Khamis dan Jumaat. Memandangkan saya sudah minta cuti penuh, saya cadang untuk fly lebih awal ke Kota Kinabalu (KK). 2 orang kawan saya dari Sibu, Sarawak akan tiba di KK pada pukul 11 malam, memandangkan mereka kena fly dari Sibu ke Kuching dan Kuching ke KK. Jadi saya decide untuk jadi solo traveller buat sementara waktu.

1010 - Touchdown di lapangan terbang Kota Kinabalu (KK) dari Kuala Lumpur. Memandangkan check-in hotel pada pukul 2 petang, dari airport saya pakai Grab pergi ke Imago Shopping Mall. Jalan-jalan tengok mall. 

1200 - Lepas jalan-jalan di sekitar mall, saya pergi tengok wayang. Masa tu tengah heboh dengan movie Mission Impossible: Fallout. Gabungan Tom Cruise dengan Henry Cavill, meletop! Sekitar 2 jam juga untuk habiskan movie tu.

Hotel Iskandar
1400 - Habis movie saya book Grab lagi pergi ke Hotel Iskandar. Senang bergerak ke sana ke mari dengan Grab. Saya pilih Hotel Iskandar pun sebab tempat dia yang strategik. Terdapat banyak tourist spot yang berada di sekitar Hotel Iskandar dan paling best, boleh jalan kaki saja kalau mau tengok tempat tu.


Selesai sudah proses check-in semua, tidur sekejap. Awal pagi saya bangun fly KL - KK jadi terasa jugalah mengantuknya walaupun excited nak jalan-jalan. Tidur punya tidur, terbangun pukul 4 petang. Saya sudah pelan bagus-bagus untuk apa yang saya mau buat sementara menunggu kawan-kawan saya sampai. Kira-kira pukul 4:30 petang macam tu saya keluar hotel dan mula berjalan kaki. 

Atkinson Clock Tower
Berjalan seorang diri ni memang syok kalau bagi saya. Tapi tak syok kalau tersesat ka apa. Tips kalau jalan di tempat orang. Jangan nampak macam orang pertama kali ke tempat tu. Blend in dan buat macam kamu tau semua jalan. Aplikasi maps sangat membantu.

Dari Hotel Iskandar pergi ke Atkinson Clock Tower, jalan kaki ambik masa 9 minit sahaja. Dekat saja.


Sampai sana tu, tak ada entrance fee apa-apa pun. Santai-santai ambik gambar sambil baca maklumat mengenai Atkinson Clock Tower.

   


Nook Cafe
Dari Atkinson Clock Tower tu tadi, berjalan ke depan sikit 2 minit, boleh nampak satu lorong tu adalah cafe-cafe yang hipster. 


Saya sempat singgah di Nook Cafe. Chocolate time setelah berjalan. 

Saya order hot chocolate dan brownies with vanilla ice-cream. Harga RM20.
Hot chocs tambah brownies memang sweet freeze la otak jadi nya. 
Saya suka konsep yang berdasarkan kayu, indoor plants dan music yang slow. Soothing the ear, mind, heart and soul



Jam 5, saya keluar dari Nook Cafe dan sambung balik aktiviti berjalan kaki. Berjalan sikit ke depan  boleh nampak October Coffee House. Cafe ini pun sangat cantik, saya sempat masuk dalam dan meninjau concept cafe tersebut tetapi memandangkan tadi saya sudah minum, jadi saya tak singgah duduk lah. Mau kejar sunset di KK Waterfront nanti.


Berjalan lagi lurus, dari lorong tu saya boleh nampak Signal Hill Obersevatory Tower. Tapi saya tak naik. Cuma tengok dari jauh saja.

Kota Kinabalu Waterfront
Perjalanan dari Nook Cafe, lalu Signal Hill Observatory Tower dan terus ke KK waterfront tu cuma ambil masa 9 minit.


Sambil berjalan juga, saya perhatikan bangunan-bangunan di sekitar. Supaya balik nanti tak sesat hahaha...


Akhirnya, sampai juga saya berjalan kaki ke KK waterfront ni. Sunset view dia memang sangat cantik.

Captured by myself using phone only

Segala penat lelah jalan-jalan tadi berbaloi bila tengok pemandang yang cantik macam ni. Saya ambik masa sekitar 30 minit untuk santai di situ. Jalan-jalan di sekitar waterfront tu, saya ternampak seafood yang banyak di Seafood Waterfront Night Market.


Tapi saya tak makan sana. Saya rushing mau balik hotel memandangkan hari pun sudah gelap. Phone pun dah nak habis bateri. Saya on balik maps dan balik ikut jalan yang saya lalui tadi. Sampai di hotel pada pukul 8 malam. Saya sempat membeli makanan di pasar malam. Yang biasa-biasa saja.


Selamat malam Kota Kinabalu. Santai-santai di bilik sementara 2 orang kawan saya sampai pukul 11 malam.

Bajet
1. Grab KK airport - Imago Shopping Mall RM6
2. Lunch RM15
3. Movie RM12
4. Grab Imago Shopping Mall - Hotel Iskandar RM6
5. Chocolate time di Nook Cafe - RM20
6. Dinner tapau di pasar malam - RM10

Itineri 4D3N di Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Part 2

Comments

Popular posts from this blog

Buat Passport Kali Pertama di Semenanjung Malaysia - Khas untuk Sabah & Sarawak

Asal orang Sarawak, macam mana nak buat passport di Semenanjung Malaysia? Umur dah nak hampir 24 tapi passport tak ada lagi. Macam mana la nak travel tengok tempat orang....alahai. Tak apa. Tak pernah terlambat lagi untuk buat ya. Saya cari maklumat di google dan  punyalah gembira saya bila tahu UTC di Pudu Sentral buka setiap hari 8.30am sampai 10pm lagi tu. Jadi ahad lepas tu, saya pergi ke UTC di Pudu Sentral sana dengan harapan boleh siap hari tu juga. Namun, hampanya saya bila tengok notis kat situ. "Harap Maklum. Permohonan Baru (Kali Pertama) Passport Malaysia Antarabangsa Bagi Pemohon Warganegara Malaysia Sabah/Sarawak Tidak Diterima Di Pejabat Ini". Lebih kurang macam tu lah notis dia. Punyalah saya risau kot-kot kena balik Sarawak sana untuk buat passport alahaiii.... Jadi kepada yang Sabah, Sarawak, lebih baik buat kat negeri sendiri ya. Apa-apa pun segala masalah ada jalan penyelesaian. Relaks jap. Okay, tanya member dulu.  Lepas tu saya dapat mak...