Hari ketiga - 28 Julai 2018
Bangun awal pagi dan kami check-out dari Hotel Iskandar pada pukul 7:30 am. Lepas bagi kunci, kami makan sarapan di kedai berhampiran sebelum bergerak memandu ke Kundasang.
0800 - Kami mula memandu ke Kundasang. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 2 jam. Kawan saya memandu bagi pihak kami. Dia biasa memandu di hometown kami, tapi tak pernah memandu di tempat yang lain. Apa lagi nak ke Kundasang dan memandu selama 2 jam.
Berpandukan waze, kita memandu dengan iman. Sepanjang perjalanan, ada banyak roundabout dan kena aware dengan arah mana perlu belok. Bila sudah keluar dari jalan di Kota Kinabalu dan mula masuk ke jalan yang kecil ke arah Kundasang, memang sangat perlu berhati-hati. Ada banyak kenderaan berat yang memakai laluan ini. Dan masa memandu memang kena aware blind spot dan ambik peluang untuk memotong dengan berhati-hati.
Tambah tolak memang 2 jam juga lah baru sampai ke Kundasang. Suasana pun mulai sejuk dan banyak memandu mendaki bukit. Untuk ini kenalan saya ada pesan semasa mendaki bukit tu kalau boleh kasi off aircon.
1000 - Sampai sudah di Kundasang, Sabah.
Desa Cattle Dairy Farm
1100 - Destinasi kami yang pertama di Kundasang a.k.a New Zealand Malaysia. Sementara menunggu check-in penginapan seperti biasa pukul 2 petang, jadi kita jalan-jalan dulu.
Yuran masuk: RM3.70 untuk setiap satu orang. Parking tak ada bayar.
Aktiviti yang boleh di buat di sini adalah memerah susu lembu, makan aiskrim fresh dari susu lembu. Selain itu, pemandangan rumput hijau yang luas dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu membuatkan tempat ini lebih menarik. Dengan awan-awan yang menyelindungi Gunung Kinabalu, cuaca yang dingin, memang macam di luar negara.
1200 - Kami turun dari Desa Cattle Dairy Farm untuk makan tengah hari. Kita pusing-pusing dan akhirnya makan di KFC juga. Tapi strategik juga untuk pergi ke Kundasang War memorial nanti. Cuma jalan kaki 5 minit saja terus sampai.
Kundasang War Memorial
Yuran untuk masuk adalah RM3 seorang. Sejarah war memorial tersebut adalah seperti di bawah.
Masuk ke dalam tu memang cantik. Penuh dengan flora. Kita beli ole-ole fridge magnet sebagai kenangan.
Dream World Resort Kundasang
1330 - Kami drive pegi Dream World Resort, tempat sama macam nak pergi ke Desa Dairy farm tadi. Cuma on the way ke sana belok ke kanan sedikit.
Mendaftar check-in tu memerlukan deposit sebanyak RM100 sebagai security deposit tetapi akan di kembalikan apabila pelanggan check-out nanti, sekiranya tiada kerosakan yang berlaku. Kami pun drive kereta pergi ke tempat penginapan kami.
Gunung Kinabalu yang dilihat jelas dari Dream World Resort |
Letih oleh kerana perjalanan 2 jam dari Kota Kinabalu ke Kundasang, dan bersiar-siar di waktu pagi tadi. Kami tidur sekejap sampai ke petang. Terbangun jam 5 petang, kami bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar resort itu.
Sosodikon Hill
Di bawah resort itu, saya perasan ada satu bukit yang cantik. Mula-mula tak buat research pasal bukit tu. Saya pun tanya receptionist apa nama bukit tu. Sosodikon Hill. Kalau tengok dari atas macam jauh saja kalau nak jalan. Tapi receptionist tu cakap, jalan kaki saja pegi sana memandang jalan sana tak berapa elok untuk kereta kecil. 15 minit saja pergi bukit tu.
Kami pun pergi. Jalan-jalan di petang hari. Tapi memang sangat berbaloi kami pergi sana sebab pemandangan dia sangat cantik.
Yuran untuk masuk bukit tu adalah RM3 sorang. |
Di sepanjang naik bukit tu, ada bunga-bunga yang cantik ditanam. Tambah-tambah lagi kami boleh tengok sunset dari sana buat saya sangat senang sekali. Ini baru namanya cuti hahahaha...
Breathtaking |
Selesai makan kami kembali ke bilik dan call the day off dengan bercerita dan tengok movie di laptop.
Bajet
1. Yuran masuk Desa Cattle Dairy farm RM3.70
2. KFC RM13
3. Yuran masuk War Memorial RM3
4. Fridge magnet RM3.30
5. Yuran masuk Sosodikon Hill RM3
6. Makan malam RM13
Comments
Post a Comment