Hari Kedua - 27 Julai 2018
Selamat pagi, Kota Kinabalu! Hari ini kita plan mau island hopping yeaaayyy.
Kami bangun jam 7.30 pagi. Setelah bersiap semua, kereta sewa dihantar untuk kami pakai. Kita sewa kereta Axia untuk 2 hari (RM110/hari). Setelah siap dapat kereta, kita isi minyak RM20 sorang. Setelah selesai semua, kita mula drive ke Jesselton Point.
Jesselton Point
11 minit saja sudah sampai. Bayaran parking kereta, saya tak berapa ingat, around RM5 sekali masuk. Lepas tu kita jalan masuk ke dalam. Saat masuk tu memang ramai yang datang offer pakej island hopping. Nego punya nego, kita ambik pakej 4 pulau dan 15 minit parasailing dan ditawar dengan harga RM120 seorang. Sebab bot kita kongsi dengan orang lain dan mereka sudah menunggu di bot, kami bungkus makanan di pelabuhan tu. Lebih kurang RM10 begitulah kami belanja.
Pulau Gaya
0830 - Kami mula bertolak dari pelabuhan menuju ke Pulau Gaya.
Kami diberi masa 1 jam untuk jalan-jalan di pulau ini. Untuk masuk semua pulau ini kena ada pass. Tapi dibayar sekali saja lah. Kami bayar RM5 seorang, nanti masuk ke mana-mana pulau, tunjuk pass tersebut saja.
Di sini kami makan sarapan dulu untuk kasi tambah tenaga. Di Pulau Gaya ini nampak macam sikit saja orang tapi itulah yang best nya. Boleh relaks. Lepas makan biasalah sesi fotografi.
Pulau Sapi
Next stop Pulau Sapi.
Saya sangat terkejut melihat begitu ramai pelancong di pulau satu ni. Sangat pack. Hal tersebut disebabkan segala water sports di buat di sini. Saya tertanya juga bulan Julai, ada cuti istimewa ka apa. Yang saya perasan ramai pelancong dari Korea datang bercuti sini. Kami pun duduk lah dan cuba untuk mandi, tapi sangat ramai orang kita pun cuma jalan dan kembali ke pelabuhan Pulau Sapi. Menunggu untuk buat parasailing.
Masa parasailing ni ada lebih kurang 12 pelancong termasuk kami bertiga dalam satu bot. Jadi kena tunggu giliran lah untuk naik. Sementara menunggu giliran tu yang saya sangat menyesal masuk dengan ramai-ramai pelancong. 2 orang akan naik dan berada di atas selama 15 minit. Cuba bayangkan tu dengan 6 pasangan yang bakal naik. Pening gila dan saya rasa macam nak muntah menuggu. Mabuk laut. Yang best nya masa naik atas saja. Pastu turun dan tunggu semua orang dah naik pastu dia hantar balik kat Pulau Sapi.
Saya rasa itulah first and last saya parasailing. Kami bertiga memang pening gila lepas parasailing. Energy pun depleted already.
Pulau Manukan
Seterusnya ke Pulau Manukan, kami juga diberi masa 1 jam kat sini.
Akibat terlalu pening dan letih, kita decide untuk tidur. Lantaklah tidur atas pasir. Ada juga dalam masa 30 minit kami tidur.
Bangun tu rasa sangat sangat. Baru bersemangat balik nak ambik gambar dan mandi-mandi semua.
Bangun tu rasa sangat sangat. Baru bersemangat balik nak ambik gambar dan mandi-mandi semua.
Pulau Mamutik
Pulau yang terakhir kita lawat pada hari ini. Berbanding dengan pulau yang lain, pulau ini lebih kecil dan agak jauh sedikit.
Tapi tempat yang tak ramai orang ini lah yang kami suka. Memandangkan ini last sudah, kita pun mandi dan ambik gambar berhabis. Dari hujung pantai ke arah pelabuhan kita berenang hanyut-hanyut macam tu.
1600 - Bot pun datang ambik kami kembali ke Jesselton Point. Letih memang sangat letih tapi best. Cuma saya cadangkan untuk 1 hari tu, better pilih lawat 3 pulau saja supaya lebih menikmati suasana pulau-pulau tu dan tidak rushing untuk habiskan kesemua pulau.
Hotel Iskandar
Kami kembali ke Hotel Iskandar, mandi-mandi semua. Lepas tu kita tidur sampai ke petang. Memang penat gila. Kalau ikut plan mau saya ajak mereka pergi duduk-duduk di October Coffee House semalam, tapi tak jadi sebab letih sangat.
Malam tu kita mau pegi makan. Kawan saya sorang ni ada kenalan di KK, jadi dia call dan kenalan dia datang ke hotel kami. Kenalan kawan saya tu suggest kita makan di kedai Bak Kut Teh.
Lepas makan kita balik semula ke hotel. Tidur awal sebab esok awal pagi nak drive ke Kundasang.
Bajet
Bajet
1. Minyak kereta RM20
2. Breakfast RM10
3. Pakej island hopping RM120
4. Dinner Bak Kut Teh RM20
5. Lain-lain (keropok dan aiskrim dibeli di pulau) RM20
2. Breakfast RM10
3. Pakej island hopping RM120
4. Dinner Bak Kut Teh RM20
5. Lain-lain (keropok dan aiskrim dibeli di pulau) RM20
Comments
Post a Comment