Uluwatu Temple Terletak di Selatan Kuta, Bali. Perjalanan dari faveHotel Seminyak, mengambil masa selama 1 jam. Yuran masuk: IDR30,000 Pemandangan di situ sangat cantik. Tapi hati-hati semasa jalan sebab ada banyak monyet di kawasan itu. Jadi sila jaga barang anda. Kalau boleh jangan pegang makanan. Memang monyet tu akan aim kamu nanti. Lumbung Sari Kopi Luwak 5 minit drive dari Uluwatu Temple tadi. Yang ni supir kita bagi suggestion. Suasana di sini sangat tenang dan aman. Masuk saja laluan tu ada banyak tanaman di sepanjang pejalan kaki. On the way, nak minum kopi luwak tu, terdapat 3 ekor luwak yang sedang tidur di dalam sangkar. Berjalan lagi, kami tiba di tempat di mana peralatan untuk memproses kopi luwak dipamerkan. Di sini mereka ada hidangkan pelbagai perisa kopi. Satu set kopi perlbagai rasa dengan kerepek pisang. Beli ole-ole untuk ibu Dreamland Beach Persinggahan kami yang terakhir. Di Dreamland Beach. Masa sudah...
Hari ketiga - 2 September 2017 Agenda hari ini nak pergi masuk air. Snorkeling. Awal pagi, bersiap dan breakfast. Supir datang dan kami menuju ke Tanjung Benoa. Tanjung Benoa Sampai di Tanjung Benoa, kami ambik pakej snorkeling dan pergi ke Pulau Penyu. Tak ingat dah berapa harga masa tu. Untuk snorkeling kami tak sangka tempat coral tu rupa-rupanya beberapa meter saja dari pantai Tanjung Benoa tu. Kami diberi masa 1 jam untuk snorkeling di sekitar tu. Tapi air laut tu agak keruh, sebab ramai sangat aktiviti watersports yang di sekitar coral tu. Sangat pack. Then saya dan kawan saya decide untuk pergi ke tempat seterusnya, Pulau Penyu. Pulau Penyu ni pula saya ingatkan kita akan pergi ke satu pulau di mana penyu-penyu ada banyak di situ dan kita boleh snorkeling serta berenang bersama penyu. Tapi rupa-rupanya tidak. Kita pergi ke Pulau Penyu dan di atas tu ada macam satu zoo yang khas untuk penyu. Penyu-penyu diletakkan di satu tempat yang ada air dan pelancong a...